Untitled Document

SYARAT SYARAT UNTUK MENANAM KABEL KABEL / SALURAN PAIP AIR DAN TIANG TIANG TELEFON SERTA ELEKTRIK

 

 

1. KERJA KERJA DI DALAM BANDAR

a) Jabatan berkenaan seboleh bolehnya hendaklah mengelakkan menanam kabel/ saluran air melalui Bandar (bypass). Jika tidak dapat dielakkan penggalian perlu dibuat di bahu jalan atau di tepi muka jalan sahaja. Seboleh bolehnya menggunakan jalan belakang.

 

b) Adalah dipersetujui untuk SAJ dan TNB gunakan satu bahu jalan yang sama dan Telekom menggunakan bahu jalan yang satu lagi.

 

c) Seboleh bolehnya jabatan hendaklah mengelakkan untuk menggali di permukaan jalan.

 

d) Seboleh bolehnya kerja menggali hendaklah dilaksanakan di waktu malam, hari kelepasan am atau di “Off Peak Hour” supaya mengurangkan kesesakan lalu lintas dan kesulitan kepada orang awam.

 

e) Jika jalan raya perlu ditutup untuk menjalankan kerja galian, maka kelulusan hendaklah diperolehi daripada JKR terlebih dahulu. Pihak polis, Bomba, Kesihatan dan Jabatan Penerangan akan diberitahu tentang penutupan jalan itu oleh jabatan berkenaan sebelum kerja dimulakan.

 

2. KERJA KERJA DI LUAR BANDAR

a) Bagi penanaman kabel/ saluran air, tiang tiang TNB dan Telekom di luar bandar, bahu jalan hendaklah digunakan dan jangan sekali kali menggunakan permukaan jalan kecuali kabel/ saluran air itu perlu menyeberangi jalan raya.

 

b) Adalah dipersetujui untuk semua pandangan pembinaan jalan baru di masa hadapan, JKR perlu mengambil balik tanah untuk direzabkan bagi kegunaan TNB, SAJ dan Telekom.

 

c) Untuk jalan sedia ada di mana bahu jalan terlalu sempit untuk digunakan, pihak JKR akan membesarkan bahu jalan untuk kegunaan TNB, SAJ dan Telekom. Kos melebarkan jalan di tempat yang tertentu hendaklah ditanggung oleh jabatan yang berkenaan.

 

d) Jabatan berkenaan perlulah mengadakan jadual kerja lebih awal lagi supaya kerja gali menggali dapat di kawal.

 

3. SEBELUM KERJA GALI MENGGALI DIMULAKAN

a) Sebelum memulakan setiap kerja gali menggali, jabatan perlu memaklumkan kepada JKR ,Polis, Bomba dan lain lain jabatan perkhidmatan awam terlebih dahulu. Nama pemborong yang menjalankan kerja perlu diberitahu kepada polis oleh jabatan yang berkenaan.

 

b) Dimana kabel, saluran air atau tiang telefon/ elektrik itu hendak dipasang, tanda tandanya hendaklah dipacak dahulu untuk kelulusan Jurutera Daerah JKR sebelum kerja dimulakan.

 

4. TANDA TANDA ISYARAT LALU LINTAS DAN ‘BARRICADES’

a) Tanah yang digali hendaklah diletak di bahu jalan dan tidak dibenarkan sekali kali diletak di atas permukaan jalan raya, ‘Barricades’ boleh diadakan dengan menggunakan ‘drum’ atau pagar khas.

 

b) Sepanjang masa kerja kerja penanaman kabel/ saluran air dijalankan,tanda tanda isyarat lalu lintas hendaklan dipasang dan diselenggarakan dengan baiknya. Pada waktu malam, ‘Flasher Light’ yang berwarna hendaklah digunakan.

 

c) Tanda tanda isyarat hendaklah mengikut pelan yang ditetapkan.

 

d) Jika syarat syarat di atas tidak dipatuhi, jabatan berkenaan adalah bertanggungjawab jika sesuatu kemalangan berlaku.

 

5. KERJA GALI MENGGALI DI BAHU JALAN

a) Setiap bahagian jalan yang dikorek hendaklah ditimbus kembali dengan tanah merah gravel dan dikejabkan tiap tiap 6 inci sehingga sempurna dan diratakan seperti sediakala. Tanah yang digali tidak boleh digunakan balik kecuali tanah merah yang bermutu.

 

b) Tanah yang dikorek untuk pemasangan kabel/ saluran air hendaklah dijalankan peringkat demi peringkat iaitu sepanjang ‘per cable drum’ untuk TNB, 800M untuk SAJ dan manhole ke manhole untuk Telekom. Setelah galian pertama selesai dan ditimbus dengan rata, barulah digali untuk peringkat kedua dan seterusnya.

 

c) Selepas siap kerja kerja gali menggali, kawasan hendaklah dibersihkan daripada tanah, kayu dan lain-lain.

 

d) Dawai umbang (stay wire) tidak boleh dipasang ditempat yang lebih dekat di antara tiang dan jalan.

 

e) Jika perlu, tanam rapat rapat rumput keeping 9” persegi di separuh kawasan timbusan untuk membaiki keadaan bersamaan dengan kawasan yang berhampiran. Siram air sehingga rumput itu hidup.

 

6. KERJA GALI MENGGALI DI PERMUKAAN JALAN

a) Di mana boleh mesin traktor yang digunakan untuk gali menggali, bekerja di atas jalan hendaklah mengadakan ‘footplate’ yang rata dan bukan yang ada paku ‘studs’ supaya muka jalan tidak rosak.

 

b) Di mana kabel/ saluran air hendaklah ditanam di bawah permukaan jalan, ia hendaklah ditanam sedalam tidak kurang 2 kaki 6 inci daripada paras permukaan jalan.

 

c) Pembinaan semula permukaan jalan raya hendaklah dijalankan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan terkandung lapisan lapisan seperti berikut :

i. Lapisan atas ¾” premix dan 2 ½” yang sudah padat.

ii. Selapis ‘bituminous tack coat’

iii. Lapisan tapak ‘crusher run’ 11 inci tebal.

iv. Lapisan bawah ditimbus dengan pasir.

d) Kerja hendaklah dijalankan oleh pekerja pekerja yang mahir dan dengan bahan bahan yang baik.

 

e) Bersihkan saluran paip kabel atau paip air dengan membuangkan semua baki tanah yang digali dan sampah sarap.

 

f) Lapisan bawah, timbuskan lubang dengan pasir sungai atau lombong yang bersih dan padatnya dengan alat mesin yang sesuai.

 

g) Lapisan tapak, batu hancur (crusher run) hendaklah diletakkan dan dipadankan dalam 2 lapisan dengan jumlah tebalnya 11 inci. Tiap tiap lapisan 5 ½” tebal dipadankan dengan alat mesin padat yang sesuai. Sambil itu ditabur ‘ikut dust’ untuk mengisi lubang lubang antara batu hancur itu serta disiramkan dengan air sehingga tercapai satu lapisan air yang kukuh.


Batu hancur hendaklah dari batu pejal yang keras dan tahan, mempunyai had pemeringkatan seperti di bawah :

 

B.S SIEVE SAIZ
PERATUS BERAT YANG LEPAS
2 Inci
100
1 ½”
95-100
¾”
60-80
3/8”
40-60
3/16”
25-40
No. 7
15-30
No. 25
8-22
No. 200
0-8

 

h) Permukaan tapak jalan hendaklah diberus hingga bersih dan disiram rata selapis dengan minyak ‘bituminous tack coat’ mengikut kadar 1 liter bagi tiap tiap 1 meter persegi.

 

i) Lapisan atas (Premix). Beban ini hendaklah dibuat mengikut mutu BSS 1621/ 1961 dan dikehendaki oleh kuari dengan kelulusan pihak Jabatan Kerja Raya.


Premix dihampar dan digolek dengan mesin roll yang beratnya tidak kurang dari 8 tan. Road besi hendaklah licin dan sentiasa basah semasa kerja kerja pemampatan dijalankan.

Semasa dihampar suhu darjah premix hendaklah tidak kurang 908 darjah Celsius.

Kerja premix tidak boleh dijalankan semasa cuaca buruk atas jalan yang basah P73

j) Pihak Telekom/ TNB/ SAJ hendaklah memberitahu Jurutera Daerah JKR (bagi tiap tiap Daerah Negeri) bagi tiap tiap satu peringkat yang disiapkan sebelum dijalankan peringkat yang seterusnya di bawah ini :

i. Lapisan bawah ditimbus dengan pasir.

ii. Lapisan tapak, batu hancur (crusher run).

iii. Lapisan atas (Premix).

 

7. MEMBAIKI LONGKANG DI TEPI JALAN RAYA

a) Bersihkan longkang tanah atau konkrit yang tertimbus dengan tanah yang digali itu. Baiki longkang yang dirosakkan supaya air dapat mengalir dengan baik.

 

 

8. ‘MANHOLE’ DAN ‘VALVE CHAMBER’

a) Seboleh bolehnya semua ‘Manhole dan ‘Valve Chamber’ hendaklah dibina di bahu jalan sahaja.

b) Penutup ‘Manhole dan ‘Valve Chamber’ mestilah direka bentuk untuk boleh menanggung kenderaan berat.

 

c) ‘Manhole’ dan ‘Valve Chamber’ hendaklah dibina rata dengan paras bahu jalan atau paras permukaan jalan.

 

d) Apabila JKR menjalankan kerja memperbaharui permukaan jalan, ‘manhole’ dan ‘Valve Chamber’ yang berada dipermukaan jalan akan terus ditutup dengan premix dan kedudukannya akan ditanda dengan cat. Pihak berkenaan akan diberitahu kemudian dan adalah menjadi tanggungjawab jabatan yang punya ‘Manhole dan ‘Valve Chamber’ untuk menaikkan ‘Manhole’ dan Valve Chamber’ masing masing.

 

9. MEMASANG SEMULA PAPAN TANDA DAN SEBAGAINYA

a) Papan papan tanda, ‘guide post’ dan alat alat lain yang perlu dialih semasa kerja gali menggali dijalankan hendaklah ditanam kesemuanya di tempat yang sama selepas kerja menanam kabel atau saluran paip siap.


Perabut perabut jalan itu hendaklah dibersihkan dan dicat semula jika perlu.

Sesalur Atas Voltan Rendah / Sesalur Bekal

1. Mengangkut, menanam dan dirikan tiang konkrit 9m sedalam 5 kaki termasuk melengkap pepasangan (bil)

 

2. Sama dengan (1) tetapi untuk tiang 7.5 (2.4 kN) (bil)

 

3. Sama dengan (1) tetapi untuk tiang 7.5m (1.1 kN) tidak boleh dimasuki kenderaan – (bil)

 

4. Merentang satu jarak talian (jarak) tiang ke tiang

 

A. 3 x 185 + 120 + 16mmp ABC

B. 3 x 95 + 120 + 16mp ABC

C. 3 x 16 + 25mmp ABC

D. 1 x 16 + 25mmp ABC

E. 2 x Pengalir PVC 19/ 064 dan ke bawah

F. 4 x Pengalir PVC 19/ 064 dan ke bawah

5. Merentang sesalur bekal dari tiang ke rumah c/w pasang junction box, cut out, bracket & N. link (jarak)

A. 3 x 185 + 120 + 16mmp ABC

B. 3 x 95 + 120 + 16mmp ABC

C. 3 x 16 + 25mmp ABC

D. 1 x 16 + 25mmp ABC

E. 2 x 7/ 083 PVC A1

F. 4 x 19/064 PVC A1

6. Memasang, merentang sesalur kaki lima c/w pasang junction box, bracket, wooden batten, clip (miter)

A. 3 x 185 + 120 + 16mmp ABC

B. 3 x 95 + 120 + 16mmp ABC

C. 3 x 16 + 25 ABC

D. 1 x 16 + 25mmp ABC

E. 2 x 7/ 083 PVC A1

F. 4 x 19/ 064 PVC A1

7. Memasang, merentang sesalur bekal dari sesalur kaki lima ke papan jangka (T-off) c/w pasang junction box, bracket, wooden batten, clip (miter)

A. 3 x 95 + 120 + 16mmp ABC

B. 3 x 16 + 25mmp ABC

C. 1 x 16 + 25mmp ABC

D. 2 x 7/ 083 PVC A1

E. 4 x 19/ 064 PVC A1

8. Memasang fius tiang c/w bracket di atas tiang pelompat 3 fasa

• 400 A

• 160 A

• 50/ 100A

9. Memasang perangkap kilat c/w bracket dan sistem pembumian (satu set javelin rod dan earth wire)


10. Memasang & menanam umbang 7/ 10 SWG c/w spluicing, cat hitam

• Sudut

• Terbang – tanpa tiang

• Out rigger

• Terminal (tamatan)

11. Mencantas satu jarak rentis ( sekeliling 7 kaki dari pengalir c/w buangan sampah ke tempat buangan majlis tempatan (satu jarak) )


12. Merombak dan pulang bahan rombakan ke stor TNB untuk :

Tiang tiang (satu jarak)

• 1 x 16 + 25mmp (Serbis Sementara)

• 1 x 16 + 25mmp (Tiang ke Meter Board)

• 1 x 16 + 25mmp

• 3 x 16 + 25mmp

• 3 x 95 + 120mmp

Satu Pintu Rumah

• Tiang konkrit 9m

• Tiang konkrit 7.5m (2.0KN)

• Tiang konkrit 7.5m (1.1KN)

13. Mencat nombor tiang mengikut piawaian TNB (satu batang tiang) c/w logo TNB


Kerja kerja Pembinaan Serbis


1) Menyambung /naik satu kabel VR ke atas tiang dan Sambung ke jumper c/w bekal bracket kecuali paip GI

• 4x185

• 4x120

• 4x70

• 4x25

2) Merentang Kabel di bahu jalan

3) Merentang kabel dan menarik pelbagai kabel didalam paip

4) Menurap semula jalanraya (TAR)

5) Membekal dan memasang G.I paip

6) Pembekal Paip HDD bergaris pusat 100mm (4’’)

7) Memecah Lantai Simen dan menyimen semula

8) Menarik kabel lebihan pada papan suis pengguna/papan agihan/voltan rendah

9) Menarik Kabel VR ke tiang dan sambungan jumper 4x25 mmp





2